Ubat Kencing Manis – 1 Penawar SATU Malaysia 1 Penawar Diabetis, SATU Malaysia

11Jun/150

Ubat Kencing Manis Semasa Mengandung

Tanpa sebab yang jelas, semakin ramai ibu sedang alami masalah kencing manis semasa mengandung. Ramai ibu-ibu yang risau dan panik sedang mencari-cari ubat kencing manis semasa mengandung yang selamat digunakan untuk mengawal paras gula di dalam darah tanpa membawa sebarang risiko terhadap anak di dalam kandungan.

Setakat ini, boleh dikatan tiada sesuatu ubat kencing manis yang sedia ada boleh selamat digunakan sebagai ubat kencing manis semasa mengandung. Ini adalah kerana ibu yang hamil mempunyai kombinasi hormon yang luar biasa dan ia menjadikan badan ibu (dan bayi) sangat sensitif terhadap sebarang ubat kimia yang akan menganggu metabolisme biologi badan.

Setakat ini, hanya insulin sahaja yang boleh digunakan oleh para doktor untuk bantu kurangkan paras gula di dalam badan ibu. Tetapi, insulin masih mempunyai risiko yang agak tinggi bagi ibu dan anak. Saya pernah jumpa satu kes di mana seorang ibu yang sudah 3-bulan hamil diberi suntikan insulin kerana beliau ada masalah 'gestational diabetes'. Selepas lebih kurang 1 bulan, ibu tersebut alami keguguran bayi yang sungguh menyedihkan beliau.

Anda harus tahu bahawa insulin sintetik yang digunaka di hospital sekarang adalah hasil daripada kultur bakteria yang telah diubahsuaikan secara genetik untuk menghasilkan insulin yang cukup untuk mengatasi populasi pesakit kencing manis yang semakin meningkat di seluruh dunia. Insulin sintetik ini mengandungi tanda protein yang badan manusia kenali sebagai penceroboh asing. Bagi sesetengah orang, sistem imunasi badan akan lancarkan serangan terhadap 'benda asing' ini dan ia mungkin tersilap anggap bayi dan placenta di uterus sebagai 'penceropoh' dan cuba sedaya upaya untuk singkirkannya daripada badan. Itulah satu logik bagaimana suntikan insulin sebagai ubat kencing manis semasa mengandung boleh menimbulkan risiko keguguran.

Sebenarnya, ubat kencing manis semasa mengandung yang paling berkesan adalah jangan ambil sebarang ubat kimia (kecuali keadaan kecemasan). Kurangkan makanan yang bergula tinggi, amalkan senaman ringan dengan kerap, minum air alkali ionik, berfikiran positif dan relaks merupakan rawatan kencing manis yang paling semula jadi dan selamat bagi si ibu.

2Jun/150

TERBONGKAR! Ubat Kencing Manis Cara Tradisional…

Terdapat ramai pesakit diabetes yang sudah bertahun-tahun makan ubat hospital tetapi masih tidak nampak sebarang perubahan positif pada masalah kencing manis yang mereka sedang hadapi. Ramai pesakit diabetes telah bertahun-tahun dihantui oleh bacaan gula darah yang tak turun-turun walaupun mereka sudah berjaga makan dan ambil ubat seperti yang disarankan oleh doktor, mereka sudah mula hilang harapan pada sistem perubatan moden. Ramai orang sudah mula mencariĀ ubat kencing manis cara tradisional dengan harapan arah baru ini boleh bantu sembuhkan kencing manis.

Persoalaannya adalah adakah ubat kencing manis cara tradisional betul-betul wujud? Apakah benar keberkesanan macam-macam ubat kencing manis terdapat di pasaran yang dikatakan tradisional? Kita jarang dengan cerita bahawa nenek moyang kita dulu yang hidup di dalam kampung meninggal dunia akibat daripada masalah kencing manis. Jadi, macam mana orang dulu sesuatu daun atau akar itu boleh mengubati masalah gula tinggi jika zaman dulu nak jumpa orang yang ada masalah kencing manis pun susah?

Hakikatnya adalah masalah kencing manis adalah suatu 'abdnormality' atau keadaan luar biasa yang hanya wujud dan berkembang macam wabak sejak zaman moden yang selesa. Anda perlu faham bahawa diabetes adalah suatu penyakit moden yang berpunca daripada cara hidup dan tabiat pemakanan yang tidak seimbang. Mungkin ada sesuatu ubat kencing manis cara tradisional yang boleh merangsang penghasilan insulin yang lebih banyak, tetapi cara ini cuma ada kesan sementara dan anda mungkin perlu bergantung kepada ubat kencing manis cara tradisional ini buat selama-lamanya sehingga buah pankreas anda rosak ekoran daripada paksaan oleh herba-herba ini. Jadi, apa bezanya ubat hospital dengan ubat tradisional jika ia merosakkan sistem badan juga?

Sebenarnya, ubat kencing manis cara tradisional yang paling berkesan adalah cara hidup nenek moyang kita. Makanlah ulam-ulam atau sayur-sayuran yang segar. Bersenamlah seperti anda perlu turun kerja di sawah. Tidur awal seperti zaman dulu yang tiada televisyen atau Fesbook. Relakslah macam orang dulu dan jangan minum teh atau kopi yang penuh dengan gula. Minumlah air dengan kerap. Kencing manis anda akan hilang secara semula jadi.

22May/150

Ubat Kencing Manis Yang PALING Berkesan

Masalah kencing manis merupakan salah satu ancaman utama kesihatan manusia zaman moden ini. Sungguhpun teknologi medikal sudah berkembang canggih, ratusan jenis atau jenama ubat kencing manis telahpun dicipta oleh para saintis dari negara Barat. Malangnya, jumlah orang yang menghidap masalah kencing manis ini masih meningkat setiap tahun, khasnya dalam negara yang maju.

Walaupun Malaysia masih belum capai status negara maju lagi, tetapi pertumbuhan jumlah pesakit kencing manis di negara ini boleh dikatakan lebih pesat daripada negara maju. Ia mungkin disebabkan tanah ini dikurnia dengan pelbagai jenis makanan yang enak, dari Barat, Timur Tengah sampailah Timur. You name it, we have it!

Itulah punca kenapa ramai orang sudah mula hidap penyakit orang kaya seperti tekanan darah tinggi, sakit gout, kencing manis dan kanser. Di negara ini, ramai orang akan menjadi "beg ubat" selepas bersara, iaitu terpaksa makan macam-macam ubat kimia macam makan nasi. Ramai pakcik makcik yang sudah fed-up dengan ubat hospital dan menuju ke Internet dengan harapan boleh jumpa ubat kencing manis yang paling berkesan.

Selepas buat search di Google baru perasan bahawa begitu banyak syarikat supplement yang mengatakan produk mereka merupakan ubat kencing manis yang paling berkesan. Ada juga yang suruh kamu masuk 'member' untuk dapat harga special atau dapatkan peluang untung extra income. Malah, selepas bazir beribu-ribu ringgit untuk cuba semua produk itu, masalah kencing manis tak nampak ada perubahan langsung!

Hakikatnya, ubat kencing manis yang paling berkesan adalah hukum alam. Jika anda perhatikan alam semulajadi, tak ada pun haiwan yang hidap masalah kencing manis! Cuma manusia yang gelar diri cerdik pandai sahaja yang adalah macam-macam penyakit moden. Jika anda meneliti lagi, nenek moyang kita yang hidup di kampung atau hutan dulu bukannya mati disebabkan kencing manis. Jadi, siapakah yang menciptakan kencing manis ini?

Selepas anda kenalpasti akar umbi masalah diabetis ini, anda akan jumpa ubat kencing manis yang paling berkesan. Sila guna logik yang Tuhan kurniakan untuk meneliti fenomena perubatan yang sudah gila zaman sekarang. Adakah kita dicipta untuk bergantung kepada ubat kimia demi gantungkan nyawa?