Senarai Jenama Ubat Kencing Manis (Bahagian 2)

Avandamet (Jenis Telan)
Ubat jenis ini digunakan bersama-sama dengan diet yang baik dan program ‘senaman’ untuk mengawal paras gula dalam darah bagi mereka yang menghidap kencing manis jenis 2 (Type 2 Diabetes). Ubat ini berfungsi dengan mengembalikan kepekaan sel-sel banda terhadap insulin. Pengawalan parasa gula darah adalah penting untuk mencegah kerosakan buah pinggang, kebutaan, kelemahan tenaga batin dan kerosakan saraf yang boleh menyebabkan kehilangan anggota tubuh.

Avandaryl (Jenis Telan)
Ubat ini adalah hasil campuran daripada dua jenis ubat, iaitu rosiglitazone dan glimepiride. Ubat jenis ini adalah sesuai bagi pesakit menghidap kencing manis jenis 2.

Avandia (Jenis Telan)
Rosiglitazone adalah ubat anti-kencing manis yang digunakan bersama kawalan pemakanan diet yang baik untuk pesakit kencing manis Jenis 2. Rosiglitazone berfungsi dengan mengembalikan respon tubuh badan terhadap insulin, supaya bacaan gula darah boleh dikurangkan.

Cozaar (Jenis Telan)
Losartan digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan untuk membantu melindungi ginjal dari kerosakan akibat kencing manis. Penurunan tekanan darah tinggi dapat membantu mencegah stroke, sakit jantung, dan masalah ginjal. Losartan adalah berada di dalam kelas ubat yang digelar sebagai angiotensin reseptor blocker. Ia berfungsi dengan melembutkan kapilari dan saluran darah sehingga darah boleh mengalir lebih mudah.