Ubat Kencing Manis – 1 Penawar SATU Malaysia 1 Penawar Diabetis, SATU Malaysia

10Mar/110

Senarai Jenama Ubat Kencing Manis (Bahagian 1)

Jika anda telah dikenalpasti menghidap penyakit kencing manis doktor anda akan mencadangkan beberapa jenis ubat kencing manis untuk mengawal keadaan anda. Memandangkan setiap orang mempunyai keadaan badan yang berbeza, doktor akan perhatikan reaksi badan anda terhadap ubat-ubat diabetes itu dan akan ‘adjust’ dos dan jenis ubat kencing manis sehingga ia sesuai dengan badan anda . Berikut adalah senarai beberapa jenama ubat kencing manis yang mungkin dibagi oleh doktor.

Actos (Jenis Telan)
Pioglitazone adalah ubat kencing manis (dalam keluarga glitazones) digunakan bersama dengan kawalan pemakanan yang rapi dan juga program senaman untuk mengawal kandungan gula dalam darah.

Ubat jenis ini biasanya dicadangkan kepada pesakit kencing manis jenis 2. Ubat kencing manis jenis ini berfungsi dengan mengembalikan tahap sensitiviti sel-sel badan terhadap insulin.

Lantus SubQ (Jenis Telan)
Seperti Actos, ubat jenis ini juga digunakan bersama dengan kawalan diet yang baik dan program latihan untuk mengawal tahap gula darah yang tinggi. Ubat kencing manis sesuai digunakan oleh pesakit Diabetis Jenis 1 dan Jenis 2. Lantus SubQ yang juga digelar sebagai Glargine Insulin adalah sejenis insulin tahan lama buatan manusia. Ia serupa dengan insulin manusia, tetapi ia mula berfungsi lebih lambat dan bertahan untuk jangka masa yang lebih lama berbanding insulin biasa.

Amaryl (Jenis Telan)
Ubat jenis Glimepiride adalah ubat kencing manis jenis sulfonilurea yang digunakan bersama penjagaan pemakanan dan senaman.  Ubat jenis sulfonylurea ini biasanya hanya digunakan pada pesakit dengan kencing manis jenis 2. Ubat ini bekerja dengan merangsangkan rembesan  insulin pada pakreas.

Pengawalan paras gula darah adalah sangat penting untuk mencegah masalah buah pinggang, kebutaan, kehilangan anggota, dan masalah batin. Pengawalan kencing manis yang Berjaya juga boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

Comments (0) Trackbacks (0)

No comments yet.


Leave a comment

No trackbacks yet.