Cara Cucuk Insulin Bagi Pesakit

Ada sesetengah pesakit kencing manis terpaksa mengambil suntikan insulin kerana pankrease tidak mampu hasilkan insulin mencukupi. Ini mungkin kerana kesihatan pankrease tidak memuaskan atau kandungan gula dalam darah terlalu tinggi. Biasanya ini berlaku kepada mereka yang sudah lama menghidap penyakit kencing manis.

Ada pesakit yang terpaksa mengambil 1 suntikan dalam sehari dan ada pula yang terpaksa mengambil 2 suntikan dalam sehari. Ia bergantung kepada tahap penyakit dan nasihat doktor yang bertugas. Jika suntikan perlu dilakukan setiap hari, doktor biasanya sarankan pesakit supaya suntik insulin di rumah.  Bekalan insulin dan jarum suntikan akan diberikan doktor.

Tujuan suntikan insulin

  • menurunkan paras gula dalam darah
  • menukarkan gula kepada tenaga untuk kegunaan badan
  • memastikan sel dalam badan berfungsi dengan normal
  • membolehkan darah mengalir dengan lebih baik
  • mengurangkan rasa kebas di bahagian kaki dan tangan

Cara suntikan;

  • suntikan boleh dilakukan secara 90 darjah atau 45 darjah
  • gunakan jarum yang baru, jarum suntikan direka untuk sekali suntikan saja
  • picit sedikit alat suntikan supaya bebola udara terbebas keluar
  • suntikan boleh dibuat pada bahagian abdomen, lengan dan peha
  • biarkan jarum selama 5-10 saat supaya insulin masuk 100% ke dalam badan
  • suntik pada lokasi berlainan

Diharap cara untuk suntik insulin diatas dapat membantu anda. Jika doktor berikan anda insulin, sila gunakan, ia untuk kebaikan anda juga.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *