Diabetes Ketika Mengandung

Sesetengah ibu mengandung mengalami masalah paras gula yang tinggi dalam darah ketika mengandung. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh kegagalan pankrease hasilkan insulin yang mencukupi. Ada sesetengah kes dimana paras gula mencecah sehingga 15mmol/L.

Menurut pengamal perubatan, masalah ini mungkin berpunca dari

  • keturunan
  • diet yang tidak seimbang
  • pengalaman lepas menghidap diabetes ketika mengandung

Sesetengah kes, masalah ini akan hilang dan paras gula akan mula normal selepas bersalin. Namun ada juga yang mengalami masalah ini secara berterusan.

Secara amnya, paras gula dalam darah meningkat disebabkan pankrease kurang hasilkan insulin. Ini berlaku mungkin kerana kesihatan pankrease mula menurun.

Kesihatan pankrease boleh dipulihkan dengan mengamalkan diet sihat seperti menambah lebih banyak sayur hijau dalam hidangan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan herba seperti pokok belalai gajah. ia boleh didapati dalam bentuk kapsul dan lebih mudah untuk dimakan.

Masalah diabetes ketika mengandung boleh dikawal dan ibu mengandung masih boleh lahirkan anak yang sihat serta comel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *