Kebaikan Mandi Pagi

Awal pagi adalah waktu yang paling nyaman dan tenang. Waktu ini juga pintu rezeki terbuka luas, jadi beruntunglah sesiapa yang mampu bangun tinggalkan bantal dan tilam yang empuk.

Pada waktu seperti ini, ada yang mula bersiap untuk ke tempat kerja, ada pula yang sediakan sarapan untuk keluarga dan ada pula yang bersiap untuk mulakan perniagaan. Terdapat banyak kelebihan bangun awal pagi antaranya, kesihatan bertambah baik, fikiran menjadi tajam, dan rezeki masuk dari sumber yang tidak dijangka.

Mandi pagi boleh melancarkan aliran darah dalam badan, suhu air yang sejuk pula boleh menyegarkan badan. Ketika waktu pagi, udara belum tercemar dan kandungan oksigen dalam udara lebih tinggi. Ketika kita bernafas, paru paru akan sedut lebih banyak oksigen untuk kegunaan sel sel dalam badan. Apabila sel dapat oksigen yang cukup, ia boleh berfungsi dengan cekap dan boleh membantu organ dalaman lain berfungsi dengan baik.

Jika anda alami masalah kesihatan, amalkan mandi awal pagi kerana ia boleh memulihkan kesihatan anda. Maksud awal pagi disini ialah sebelum subuh dan selewat lewatnya sebelum matahari naik. Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *