Kencing Manis Punca Lemah Tenaga Batin

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan mendapan gula dalam salur darah. Lama kelamaan mendapan ini akan bertambah banyak dengan memerangkap sekali kandungan lemak dalam salur darah. Dalam jangkamasa panjang, ia akan halang aliran darah terutamanya pada saluran darah yang sempit.

Dalam badan manusia terdapat banyak saluran darah yang sempit seperti pada bahagian mata, jari dan kemaluan. JIka saluran darah ini tersumbat, bahagian bahagian tersebut tidak mampu berfungsi dengan baik.

Jika anda alami masalah tenaga batin, sila tambahkan sayuran hijau dalam hidangan. Sayuran hijau biasanya bersifat alkali dan boleh menstabilkan ph badan. Ia juga boleh bantu jaga kesihatan pankrease supaya organ tersebut mampu hasilkan insulin secara normal, seterusnya menurunkan paras gula dalam darah.

Untuk pecahkan mendapan lemak dalam salur darah, anda perlu lakukan senaman ringan tetapi berterusan. Senaman yang boleh dilakukan adalah seperti jogging, berbasikal dan berjalan kaki. Lakukan senaman ini di taman lebih baik berbanding di jalan raya kerana udara di taman lebih bersih dan segar. Namun, ia terserah kepada kesesuaian diri anda.

Selain itu, senaman juga boleh dilakukan melalui solat yang betul. Kajian kesihatan melalui solat amat mengejutkan para doktor. Seorang yang mengalami mati pucuk mula pulih secara perlahan lahan apabila beliau lakukan solat wajib dan ditambah pula dengan solat sunat pada waktu malam. Pergerakan solat dan cara duduk yang betul membantu melancarkan aliran darah ke seluruh badan termasuk pada saluran darah yang sempit.

Terapi solat ada 2 kebaikan dari sudut perubatan,

  • pertama- melancarakan aliran darah ke seluruh badan termasuk saluran darah yang sempit
  • kedua- mengurangkan stress kepada pesakit.

Anda boleh cuba tips diatas jika anda mengalami masalah lemah tenaga batin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *