Kencing Manis Yang Kronik

Tahap ini merupakan tahap yang ditakuti oleh pesakit. Jika pesakit berada pada tahap ini, sebahagian besar kehidupan pesakit akan terjejas. Tahap kronik adalah keadaan dimana

  • kaki pesakit terpaksa dipotong ; biasanya doktor mengambil langkah ini kerana kaki pesakit tidak lagi boleh berfungsi dengan normal. Langkah ini juga diambil bagi mengelakkan kuman merebak ke anggota lain. Namun, ini bukanlah penyelesaian total (sebenarnya) kerana jika sekali kaki dipotong, kemungkinan anggota lain dipotong pada masa akan datang adalah tinggi.
  • buah pinggang gagal berfungsi : bahan buangan yang tidak lagi diperlukan oleh badan akan disalurkan ke buah pinggang dan dibuang melalui air kencing termasuklah gula yang berlebihan. Jika kandungan gula terlalu tinggi, ia akan membebankan buah pinggang dan boleh menyebabkan buah pinggang bocor. Jika ini berlaku, pesakit perlu dapatkan rawatan dialisis setiap bulan. Rawatan ini memerlukan kos yang tinggi dan membebankan pesakit.
  • mata menjadi rabun : mata mempunyai banyak saluran darah yang halus dan sempit. Jika paras gula dalam darah terlalu tinggi, ia akan menyebabkan saluran darah seperti ini tersumbat dan sekaligus mengganggu fungsi mata. Kadar penglihatan akan terjejas dan mungkin akan menyebabkan rabun
  • jantung hadapi masalah : jantung juga mempunyai saluran darah yang halus dan sempit. Jantung adalah organ yang penting untuk pam darah ke seluruh badan bagi memastikan organ badan lain berfungsi dengan betul. Paras gula yang tinggi dalam darah akan menyekat aliran darah dan mengganggu fungsi jantung. Jika jantung tidak sihat, badan akan menjadi lemah dan organ lain dalam badan ┬ápula tidak dapat berfungsi dengan baik.
  • paru paru mula bermasalah : Ini adalah organ penting dalam sistem pernafasan. Ia adalah tempat pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam melalui sel darah merah. Ia juga tempat yang sensitif kepada kuman. Jika sel darah merah mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi, maka sel ini tidak dapat mengagkut oksigen dengan cekap dan akan membuatkan pesakit menjadi semput. Lebih parah, pesakit perlu bergantung kepada alat pernafasan.

Rawat penyakit pada peringkat awal lebih mudah berbanding pada peringkat kronik. Kos rawatan pada peringkat awal pula lebih rendah. Jika anda masih di peringkat awal penyakit, sila rawat sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *