Pekerja Pejabat Berisiko Lebih tinggi

Mereka yang bekerja di pejabat selama 10 jam sehari dan keatas menghadapi risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis. Ini kerana tugas mereka tidak menyebabkan mereka berpeluh. Gula dari makanan yang diambil berkumpul dalam darah sedikit demi sedikit kerana tidak ditukarkan menjadi tenaga. Penghawa dingin dalam pejabat memburukkan lagi keadaan kerana suhu sejuk menyukarkan seseorang untuk berpeluh.

Apablia kandungan gula dalam darah meningkat, ia boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan ganggu aliran darah. Anda akan mula rasa kebas terutamanya pada bahagian kaki dan jari tangan kerana disini saluran darah lebih sempit dan halus. Jika keadaan ini berpanjangan, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti luka lambat sembuh, lesu dan pandangan kabur.

Untuk elakkan masalah ini, anda dinasihatkan supaya lakukan senaman dihujung minggu seperti jogging, berbasikal atau bermain badminton. Aktiviti ini boleh bantu bakar kandungan gula yang berlebihan dalam darah.

Mencegah lebih baik dari mengubat. Adakah anda seorang pekerja pejabat? Jika ya, anda berisiko tinggi menghidap penyakit kencing manis.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *