Penyakit Kencing Manis Jenis (1)

Menurut ahli perubatan, penyakit jenis ini merujuk kepada kegagalan pankrease hasilkan insulin untuk kegunaan badan. Secara mudahnya, insulin adalah sejenis hormon yang diperlukan untuk membuka pintu sel supaya gula dapat masuk kedalam sel sebagai sumber tenaga sel. Ini penting supaya sel dapat berfungsi dengan betul. Apabila sel mempunyai tenaga, organ lain dalam badan manusia dapat bekerja dengan baik, badan pula akan menjadi cergas.

Bagi pesakit kencing manis jenis 1, mereka perlukan suntikan insulin sebanyak 1 atau 2 suntikan setiap hari bagi memenuhi keperluan insulin harian.

Punca sebenar penyakit jenis ini belum diketahui, namun ahli perubatan mendakwa salah satu faktor penyakit ini ialah sejarah keluarga yang pernah menghidap kencing manis. Penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak kanak dan remaja.

Walaupun begitu, pesakit kencing manis jenis 1 masih boleh hidup seperti orang lain, apa yang penting ialah lakukan senaman dan amalkan makan lebih sayuran hijau. Ia boleh bantu meningkatkan tahap kesihatan,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *