Rahsia Kebaikan Garam

Garam adalah sejenis bahan bewarna putih yang berasa masin. Ia digunakan dalam masakan untuk menambah kelazatan makanan. Namun begitu, garam juga mempunyai beberapa fungsi lain yang jarang dihebohkan.

Antara fungsi tambahan garam ialah

  • meneutralkan racun dalam badan
  • melancarkan proses pencernaan makanan dalam badan – ia boleh bantu untuk cepatkan penghasilan tenaga dari makanan yang dimakan
  • menjaga sistemĀ refleksĀ dalam badan – sistem ini berfungsi untuk mengelakkan dari bahaya. Jika tangan anda tercucuk duri, sistem ini akan menghantar isyarat ke otak supaya mengalihkan tangan anda. Jika tidak, tangan anda akan alami luka yang lebih teruk.
  • mencerdaskan daya fikiran – daya fikir akan bertambah baik apabila sel sel otak mendapat cukup garam

Namun begitu, kandungan dalam garam mudah rosak apabila dipanaskan pada suhu tinggi. Jadi cara terbaik untuk dapatkan khasiat dari garam ialah ambil secubit garam sebelum menjamah hidangan dan secubit lagi selepas menjamah hidangan.

Sesetengah masyarakat arab menambah garam dalam hidangan mereka apabila hidangan sudah siap dimasak. Ia bertujuan untuk melazatkan hidangan tersebut tanpa merosakkan kandungan garam.

Moga artikel tentang rahsia kebaikan garam kali ini memberi manfaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *