Senaman: Buat Kerja Rumah

Mungkin bagi sesetengah orang, buat kerja rumah tidak susah dan tidak penat kerana nampak ringkas. Namun begitu, ia sebenarnya memenatkan kerana ia mengambil masa yang panjang bermula awal pagi sehingga malam. Ya, memang ada waktu rehat, sekitar pukul 3 atau 4 petang, namun tugas akan bersambung semula sehingga malam.

Kerja rumah yang saya maksudkan ialah, kemas rumah, sapu sampah, lap lantai, buang sampah, sidai baju, lipat baju, masak, basuh pinggan dan cuci bilik air. Jika anda tidak percaya kerja seperti ini meletihkan, cuba lakukannya, bermula dari pagi sehingga malam, Anda pasti akan faham maksud saya.

Kerja kerja seperti ini memerlukan banyak tenaga dan sabar kerana ia adalah kerja yang perlu dilakukan setiap hari. Tenaga yang digunakan sama dengan lakukan senaman. Pada penghujung hari, seseorang akan rasa letih dan sengal sengal badan. Jadi, untuk kurangkan masalah ini, sebelum tidur, lakukan sedikit cool down, seperti regangkan kaki, regangkan tangan, leher dan bahagian sendi lain. Ini bertujuan untuk merehatkan otot otot tersebut selepas seharian bekerja. Saya pasti anda akan rasa badan lebih ringan dan  bertenaga keesokkan harinya.

Aktiviti ini sama dengan ahli sukan yang melakukan cool down selepas bersukan. Ia bertujuan untuk mengurangkan tekanan kepada otot otot badan yang bekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *