Tips Kesihatan Ringkas

Tips kali ini saya petik dari seorang tokoh terkenal tanah air yang kini berusia 91 tahun. Antara tips yang beliau berikan adalah seperti berikut

  • tidak merokok
  • tidak minum arak
  • makan secara sederhana
  • makan vitamin atau buah
  • lakukan senaman secara berterusan

Nampak ringkas kan? Semua langkah diatas boleh diamalkan oleh rakyat malaysia. Bagi merek yang merokok, tanamkan azam untuk berhenti kerana rokok adalah punca kepada pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, kanser dan masalah jantung. Merokok juga boleh bahayakan kesihatan pasangan anda dan anakĀ anda yang masih kecil.

Sesetengah keluarga amat anti dengan rokok, jika anda ingin merokok ketika bersama keluarga mereka, ketua keluarga mereka tanpa segan silu akan melarang anda dan menyuruh anda merokok di luar rumah kerana mereka mahu menjaga keluarga dan anak kecil mereka.

Satu nikmat yang tidak ternilai harganya ialah kesihatan. Oleh itu, hargainya sebelum terlambat, amalkan tips kesihatan diatas.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *