Ubati Luka Dengan Maggot

Bagi pesakit kencing manis, luka adalah musuh yang perlu dihapuskan kerana ia boleh bawa mudarat  dalam jangkamasa panjang. Seeloknya, ambil langkah pencegahan luka seperti memakai stokin, gunakan kasut yang sesuai dan elakkan berjalan tanpa alas kaki.

Namun begitu, jika anda sudah alami luka, perkara yang paling utama untuk dilakukan ialah bersihkannya. Terdapat beberapa cara  untuk bersihkan luka, salah satunya ialah menggunakan maggot atau ulat.

Terapi cara ini sudah lama diperkenalkan dalam dunia perubatan, namun ia kurang mendapat sambutan mungkin kerana faktor ketidak-selesaan. Terapi ini dijalankan dengan meletakkan ulat tadi pada bahagian luka dan dibalut selama beberapa hari. Ia akan makan nanah dan sel rosak yang ada pada luka tadi. Pesakit akan rasa geli dan tidak selesa selama ia sedang jalankan tugas. Namun, pesakit dinasihatkan supaya sabar dan tidak garu.

Kemudian, apabila balutan dibuka, ulat tadi akan dibuang dan bahagian merah (sel hidup) akan kelihatan. Doktor akan bersihkan bahagian itu dengan pencuci khas dan letakkan ubat luka.

Teknik ubati luka dengan maggot boleh dijadikan sebagai pilihan untuk merawat luka. Namun, anda diminta untuk dapatkan maklumat terperinci daripada  doktor sebelum jalankannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *