Dilemma Pengambilan Ubat Kencing Manis
Bagi ramai pesakit kencing manis, pengambilan ubat kencing manis adalah satu amalan harian yang sudah tentu. Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah apabila anda mula mengambil ubat kencing manis, anda terpaksa mengambilnya buat selama-lamanya sehingga............. anda mati, BUKANnya sampai masalah kencing manis itu sembuh. Ini adalah kerana ia sudahpun menjadi hakikat bahawa ubat kencing manis hanya boleh 'menggantung' nyawa anda dengan mengawal paras gula darah pada tahap selamat. Ubat kencing manis sintetik yang sudah berleluasa ini memang tidak boleh menyembuhkan masalah kencing manis.
Malah, pengambilan ubat kencing manis berunsur kimia ini untuk jangka masa yang panjang akan membawa macam-macam kesan sampingan yang membahayakan. Antara kesan sampingan yang paling memudaratkan adalah kerosakan buah pinggang. Apabila fungsi penapisan darah buah pinggang merosot, darah anda akan menjadi semakin kotor dan pekat. Yang paling 'kelakar' adalah apabila doktor mengetahui fungsi buah pinggang seseorang itu sudah merosot, dia akan nasihat pesakit tersebut supaya jangan minum air yang banyak.
Persoalannya adalah, kalau seseorang itu tidak minum air yang cukup, bagaimana dia boleh 'basuh' sisa-sisa kimia (pengumpulan bertahun-tahun daripada ubat kencing manis) yang secara tidak langsung menyebabkan kemerosotan fungsi buah pinggang?
Cuba tanya soalan ini kepada doktor anda dan perhatikan reaksi beliau...
Ubat Kencing Manis Jenis Alpha-Glucosidase Inhibitor
Terdapat dua jenis ubat alfa-glucosidase inhibito iaitu Miglitor dan Acarbose. Kedua-dua ubat kencing manis ini berfungsi dalam menyekat enzim-enzim percernaan tertentu dalam badan anda. Ekoran daripada pencernaan yang terencat, penyerapan glukosa ke dalam saluran darah akan dilambatkan dan dengan itu ia menurunkan gula darah, terutamanya ketika selepas makan.
Ubat kencing manis jenis alpha-glucosidase inhibitor ini biasa diambil 3 kali sehari iaitu samasa makan pada gigitan pertama itu. Bergantung kepada keadaan kencing manis seseorang itu, doktor mungkin menasihat anda supaya jangan terlalu kerap mengambil ubat ini pada peingkat awal.
Kesan Sampingan
Pengambilan ubat kencing manis jenis ini boleh menyebabkan masalah-masalah yang berkaitan dengan system pencernaan seperti perut bergas, sakit perut dan cirit birit. Kesan sampingan ini mungkin berkurangan selepas tempoh penyesuaian.
Ubat Kencing Manis Jenis Sulfonylureas
Buat satu ketika sebelum 1990-an, ubat kencing manis jenis sulfonilurea merupakan satu-satunya ubat diabetes jenis telan untuk kencing manis yang terdapat di Amerika Syarikat.
Ubat kencing manis jenis Sulfonylureas bertindak dengan memaksa pankreas untuk menghasilan insulin yang lebih banyak demi menurunkan kandungan glukosa dalam darah.
Untuk ubat kencing manis ini berfungsi, pankreas anda patut masih berkebolehan untuk menghasilan insulin. Jika pankreas anda sudah gagal sampai langsung tidak boleh menghasilkan sebarang insulin, and tidak sesuai untuk mengambil ubat diabete jenis ini. Dan jika anda mempunyai alahan terhadap ubat jenis sulfa, anda harus mengelakkan daripada mengambil sulfonilurea.
Terdapat beberapa jenis ubat sulfonylurea yang boleh bertahan sepanjang hari, jadi anda cuma perlu mengambil ia sekali sehari sahaja. Demi keselamatan, anda patut mendapatkan nasihat daripada doktor anda mengenai berapa kali sehari anda harus mengambil ubat kencing manis tersebut.
Waktu yang sesuai untuk pengambilan ubat ini adalah berbeza bagi setiap orang. Jika anda mengambil ubat sekali sehari, anda cuma perlu mengambilnya hanya sebelum sarapan. Jika anda mengambil ubat kencing manis ini dua kali setiap hari, anda mungkin akan mengambil pil pertama tersebut sebelum sarapan pagi dan pil yang kedua sebelum makan malam. Anda perlu memupuk tabiat mangambil ubat pada masa yang sama setiap hari. Doktor anda akan menasihat anda tentang kekerapan yang pengambilan ubat yang anda harus ikut, bergantung pada jenis sulfonilurea ditentukan.
Kesan Sampingan
- Sakit peru
- Kandungan glukosa darah menurun
- Gatal-gatal pada Kulit
- Peningkatan Berat Badan
Rawatan Kencing Manis