Ubat Kencing Manis – Metformin

Metformin merupakan ubat kencing manis yang paling utama bagi pesakit diabetes, khasnya pesakit Type 2 Diabetes. Fungsi ubat ini adalah untuk menghalang proses penghasilan glukosa daripada glikogen di dalam hati. Selain daripada itu, ubat kencing manis ini turut merangsangkan sensitiviti reseptor insulin pada permukaan membran sel.

Pembukaan Pintu Glukosa pada permukaan membran sel adalah dikawal oleh reseptor insulin, ia hanya akan dibuka selepas insulin berpaut dengan reseptor tersebut. Pesakit Kencing Manis mengalami satu keadaan yang digelar rintangan insulin di mana reseptor insulin menjadi kurang sensitif dalam menarik insulin. Apabila insulin tidak dapat masuk ke dalam sel-sel badan untuk tujuan penghasilan tenaga, ia akan dilantun kembali ke dalam saluran darah dan menyebabkan peningkatan bacaaan gula darah.

Gula lebihan yang tidak boleh digunakan ini akan disingkir keluar melalui kencing dan menghasilkan kencing yang manis yang menjadi kegemaran semut-semut.

Pesakit diabetes biasa perlu bergantung kepada ubat kencing manis seperti Metformin untuk sepanjang hidup mereka ada kepekatan dos ubat itu akan semakin bertambah sehingga satu hari di mana buah pinggang sudah rosak dan tidak boleh menyingkirkan sisa ubat ini. Masa itu, doktor akan mula nasihatkan pesakit tersebut untuk mula suntikan insulin.